Assalam

Wednesday, 12 December 2012

12/12/12 : Tofu Goreng Bersumbat... versi simple!

Assalamualaikum semua...Selamat pagi..

Dimulakan dgn hari yang ceria dan membawa seribu memori
 12/12/12
mesti arini ramai yg celebrate birthday, hari anniversary dan xlupa jugak yg nikah arini..
tarikh yg senang utk diingati.. tp part tu rasanya perempuan je ingat. lelaki selalu nya lupa!
kannnn....?

kita pun sama la... yg mengingatkan nye kita sang isteri. kalo dia ingat, mmg ingat tp terlepas hari or sebelum hari.

so,hari ni ada pape plan ke utk diri sendiri or family??
hari ni xsure lg nk g majlis nikah adik ofismate ke tidak sbb my baby xsihat. dari malam td meragam sahaja... risau lak tgk dia...
so,kene tgk ptg ni camne. if ok, lepas maghrib or isyak gerak la ke TDI,Shah Alam.

then,arini el xanta stock kt booth 11 Agrofest Selangor 2012.. rasanya xtersempat nk buat extra
sbb pg td je dh anta bundle Crepe ke Sanden Air Conditioning, Glenmarie Shah Alam.

In Shaa Allah, esok lusa dhde...
yang penting my husband dh booking on Saturday nk gerak awal sbb nk join ceramah UAI ( Ustaz Azhar Idrus) yang akan menyampaikan ceramahnya di Stadium Shah Alam pd 15hb Dec 2012. Penganjur menganggarkan 20 ribu akan membanjiri perkarangan Stadium utk memeriahkan ceramah dan karnival  Pertanian.

ok, mari kita tukar topic as per subject.
el nk share resepi Tofu Goreng Bersumbat yg el buat last weekend.. Macaroni tu el tangguhkan lagi ea.. :D
yg ni resepi dr family. tp el modified kepada versi simple. disebabkan anak br nk membesar. semua keje kene cepat.. :D


TOFU GORENG BERSUMBAT BERSAMA SOS SAMBAL CILI

bahan-bahan :

2 paket Tofu goreng (utk disumbatkan)

Filling :
400gm ayam/daging kisar
2 ulas bawang putih dincincang
1 ulas bawang besar dicincang
daun bay
5 sudu besar serbuk kari daging + 2 sudu besar air * (jadikan paste)
1 sudu teh serbuk paprika /serbuk cili *
200gm veggies ( i guna mixed vegetables..)
garam
* campur sekali

bancuhan tepung :

3 sudu besar tepung beras
air secukupnya
garam
sedikit lada sulah


cara-cara :

Filling :
1) tumis bawang putih + bawang besar + daun bay sehingga naik bau.
2) masukkan ayam/daging dan tumis sehingga mengeluarkan air dan kacau sebati.
3) setelah masak, masukkan paste kari + serbuk paprika dan gaul rata. Tumis sehingga masak dan letak    
    garam secukup rasa.
4) sekiranya pekat, boleh la tambahkan sesudu air ke dalam nya.
5) masukkan veggie dan tumis lg sehingga separuh kering. 
6) tutup api dan ketepikan sebentar sebelum sumbat ke dalam tofu goreng.
7) campurkan ke semua bancuhan tepung td. kemudian ketepikan. sekiranya terlalu pekat, tmbhkan sesudu 
    air. 

Cara Sumbat :
1) potongkan satu permukaan sahaja seperti tauhu sumbat. ( potong segaris je ye)
2) kemudian sumbatkan filling yg sudah siap ditumis.
3) masukkan penuh sehingga memenuhi ruang tauhu. jgn berlebihan ye.
4) letakkan ke tepi. buat sehingga habis.

Masak :
1) panaskan minyak. secara deep fries
2) Celupkan tofu goreng td ke dalam bancuhan tepung secara keseluruhan.
3) kemudian gorengkan sebentar sehingga kekuningan2. nmpk kerangupan pd bancuhan itu.
4) Angkat dan tos.
5) sedia utk dimakan.


Sos sambal cili

bahan-bahan :
4 btg cili merah besar
4-6 btg cili padi ( ikut kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih yg digoreng sebentar
1 inci halia
garam
gula secukupnya
1 sudu besar cuka masakan
1 cawan air 
1 sudu besar tepung jagung (campur air sedikit jdkan bancuhan)

Cara -cara : 
1) blendkan cili merah + cili padi + bawang putih + halia + cuka masakan + air.
2) setelah blend, masakkan sambal cili tu di atas dapur.
3) masukkan garam & gula secukupnya.
4) masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
5) masak sehingga mendidih. sekiranya pekat, boleh tambahkan air.
6) siap dihidang bersama tofu goreng bersumbat.


Selamat mencuba!

ok la, arini kurang mood nye.. tp still boleh pakai lg. hee...
Have a nice day dan Selamat Bekerja!!



     Warmest Regards,

                               

No comments:

Post a Comment