Assalam

Wednesday, 5 December 2012

Pavlova + Tiramisu & Kiswah Kaabah (Cuci Mata)

Assalamualaikum semua...Selamat Pagi~~!!

arini xde wordless pun sbb sibuk nk bercerita.. ekekekee...
smlm kita dh cite crepe kan...
so,arini el nk share topic yg kt atas tu......

mcm byk kan???? tp act, ringkas je..
Tiramisu dgn Kiswah Kaabah tu bg cuci gmbr je dgn for sale...
tp Pavlova tu el nk share resepi..

wpun skrg ni musim Durian Crepe, tetap gk nk share resepi2 yang lain..
kelmarin dh share resepi Tiramisu, arini Pavlova...

at least, dptla gk el simpan resepi dlm ni.
senang skit nk view.

ok, Pavlova ni act,sejenis kek yg berasaskan putih telur (meringue) dan gula.
kebanyakkan mereka2 ni suka mknan yg manis.
very sweety gitu. kalo kita ni,selalu nya org kata org Kelantan yg suka manis,
tp hok ni.... mereka2 mat salleh ni lg monopoli gula..
tu yg mereka2 ni senang kene obesiti,diabetis.
sekali mkn, semuanya manis2...

kalo xcaya, cuba resepi dr luar.
konfem anda kata manis sgt.

tp,boleh je sebagai Malaysian terima mknan diorg tp bukanlah selalu..
siapalah yg xsuka dessert plus sejuk????
tipu la kalo ade yg xsuka...mesti sipi2 pun tetap ade yg suka.

Pavlova ni asalnya dr nama penari Ballet Rusia iaitu Anna Pavlova  yg telah mengembara ke New Zealand dan Australia.
sehingga kini masih ade pertikaian dar mana asalnya pavlova yg sedap lg menggiurkan.

skrg ni, mari kita tgk apakah bahan2 yg perlu ada utk membuat Pavlova ini.

Pavlova
Pavlova :

Meringue
4 biji PUTIH telur (jenis besar ye..)
3/4 cawan gula castor lg halus mulus
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka masakan (yg kaler putih ea..)
1 tsp tepung jagung

Filling 
1/2 cwn Fresh Cream a.k.a Non Dairy Whipping Cream (either vanilla or choc)
Fresh fruit (s/berry,blueberry, blackberry, kiwi, grapes, mango,peach, passion or any fruit yg ala2 masam manis.
Choc Ganache/topping


Cara : 
1) Pukul putih telur dgn kelajuan yg rendah. pukul sehingga kental dan terbentuknya soft peak. kiranya dia lembut tp still kuar tanduk yg ala2 lembik gitu. tu yg el faham la. hee...
2) Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dgn kelajuan yg tinggi sehingga abis. ketika ini, meringue akan menjadi berkilat dan bertanduk tajam...huhuhu..tajam ye, bukan tumpul. :D
3) Time ni, jika anda2 semua berani, sila la telangkupkan bekas td. jika jatuh balik kt muka anda, maknanya kurang lg tu..xjd meringue nya. so, kene pukul 2-3 minit lg... hee... kalo xjatuh tu,kira bernasib baik sbb anda BERJAYA membuat meringue yg cantik lg fluffy.. Yeeaaahhh!!
4) Selepas itu, masukkan esen vanila dan pukul sebati. kemudian, masukkan tepung jagung dan cuka masakan dgn cara Kaup Balik dan seelok2nya gunakan spatula or senduk kayu yg mmg tiada ape2 bau termasuk kari,asam pedas, tempoyak dan seangkatannya JIKALAU mau meringue sweet NOT Savoury Meringue... kihkihkih!
5) Panaskan oven dlm suhu 150 degree C selama 15 min, selepas itu, pastikan baking sheet anda telah dilukis bentuk yg anda ingin kan sebelum meletakkan meringue utk dibakar. nk lukis bentuk kete ke, cawan ke, spongebob ke semua boleh janji lukis. dan ingat! meringue ni akan mengembang ye... so, sila jgn guna acuan selain solo cup or cupcakes nye bekas.. :D
6) masukkan meringue yg dh siap deco di baking sheet td. kemudian, turunkan suhu kepada 140 degree C dan bakarkan meringue selama 15 min, dan berikutnya lg 45min dibakar pada suhu 130-120 degree C bergantung pd suhu oven masing2... :D
7) Sementara menunggu  meringue siap, boleh lah anda memukul fresh cream dgn jayanya dan bersungguh2... jgn risau, ini senang je. anda pukul terus dia akan naik 2x ganda. xrugi kan??? heee.....
pastu boleh la simpan di dlm peti sementara menunggu meringue sejuk selepas dibakar.
8) fresh fruit anda boleh la dipotong awal dan simpan di dlm peti. potong mengikut bentuk yg anda suka. tiada larangan ye.. :D. anda yg mkn. bukan saya.. 
9) setelah menunggu sejam - 1jam 15 min, make sure pavlova yg anda bakar td tidak melekat2 di permukaan. kalo melekat tu tanda nya anda kene bakar lg dlm 5-10 min sehingga tiada lg kesan gula yg melekat di jari anda.
10) sila renggangkan pintu oven anda dgn sedikit terbuka bg mengeluarkan haba sehingga Pavlova dlm keadaan suhu bilik. jgn bukak beso2 pulak ye. kang terus kempis Pavlova gebu anda tu... kang, cian lak menunggu sejam tu. rasa membazir rasanya.
11) selepas itu, boleh la anda mendeco Meringue tu dgn Fresh Cream yg dipukul kembang dan ditabur dgn fresh fruit yg sedap! pastu, letak lak topping choc ganache...meleleh gitu...
12) masukkan ke dlm peti ais sebentar. kemudian boleh la ngap ketika dlm keadaan sejuk. mmg sedap, mcm mkn ice cream gitu.

Selamat Mencuba ye!

btw, jom kita share beberapa tips yg el dh google. so,sama2 la berpetuakan tips ini utk menghasilkan Pavlova yg cantik lg gebu.... (credit pd Utusan Mobile bingkisan dari Chef Azli Razali.)

1) Pastikan tiada kuning telur yang bercampur kerana kuning telur mengandungi lemak akan menyebabkan putih telur yang dipukul tidak naik kembang.

2) Gunakanlah telur yang segar kerana putih telur dari telur yang segar mudah diasingkan dari kuningnya. Putih telur sebaiknya dibiarkan pada suhu bilik dalam 30 minit sebelum diputar .

3) Selain itu sila pastikan mangkuk dan pemukul telur bersih dan bebas daripada sebarang minyak, air atau tepung bagi memastikan meringue anda naik ketika dipukul.

4) Gula kaster adalah paling sesuai apabila anda memukul meringue. Carilah gula kaster yang paling halus di pasaran kerana ia lebih cepat hancur ketika dipukul dengan putih telur.

5) Teknik memukul telur bersama gula juga perlu betul. Anda perlu memukul telur sehingga separuh kembang dan ketika inilah baru masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga berkilat dan betul-betul kental.

6) Cuba rasa meringue itu dengan dua jari, ibu jari dan jari telunjuk untuk memastikan bahawa semua gulanya telah hancur.

7) Sekiranya anda masih boleh rasa berpasir sambung lagi memukul putih telur sehingga anda tidak dapat merasa gula kaster pada meringue itu lagi.

8) Selepas itu kacau bahan lain iaitu esen vanila, cuka dan tepung jagung dengan senduk atau spatula. Tepung dan cuka dalam resipi ini berfungsi untuk memberikan kerapuhan di luar pavlova dan menghasilkan tekstur lembut seperti marshmallow di dalamnya.

9) Anda perlu membentuk meringue di atas kertas minyak. Ia berbentuk bulat dan saiznya bergantung pada anda tetapi pastikan ketebalan dalam 2.5 -3 sm.

10) Bakar pada suhu sederhana iaitu 130 darjah celsius selama satu jam bergantung pada saiz pavlova yang dibentuk.

11) Suhu yang rendah akan membuatkan pavlova anda cair dan tidak masak dan jika suhu melampau pula di luarnya akan cepat masak tetapi didalam tidak masak.

Tutup suis dan biarkan ia sejuk dalam ketuhar dengan pintu terbuka. Tanda pavlova sudah masak akan berwarna perang muda.

12) Jika menggunakan ketuhar yang bersaiz kecil saya cadangkan bentukkan saiz pavlova itu kecil kerana kepanasan dalam ketuhar akan membuatkan pavlova cepat hangus.

13) Pavlova yang telah siap boleh disimpan dalam bekas kedap udara sebelum anda menyapu krim dan menyusun buah segar di atasnya. Pavlova sesuai dimakan serta merta kerana jika lama dibiarkan ia akan menyerap cecair dan tidak rapuh lagi.


so,itu la tips2 yg dpt kita kongsikan bersama....

********************************************************************************

so, mari lah kita cuci mata dgn Tiramisu yg el dh buat kelmarin dlm previous entry : "pick me UP!" Yummy2..
dan kiswah Kaabah yg dilukis oleh husband el for Sale...

so,sape2 yang berkenan, boleh la PM me, or WA me for futher details. tp yg ni mmg besar 5'x4'. boleh jugak request utk lukisan yg lain... :D saje2 la selit kan...mane tau ade yg berkenan...

Tiramisu a.k.a Pick me UP!

Kiswah Kaabah Handmade

di dinding

ok, selamat Bekerja semuanya...~~!! balik ni nk siapkan order Durian Crepe lg... syukur sgt, mudah2an Allah merahmati kami sekeluarga dgn rezeki yg telah Engkau berikan.. Alhamdulillah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

No comments:

Post a Comment