Assalam

Monday, 7 January 2013

Allergy??? Radang Kulit?? Apakah?

Assalamualaikum semua..
Salam sejahtera...


Apa khabar semua? sihat hendaknya. hari ini el pergi office but then el MC gara-gara muka el naik merah dan bengkak. actually, dari semalam lagi.

bila berjumpa dengan doktor, dan dianalisa rupa-rupanya kulit el sangat sensitive pada matahari seperti doktor pakar el yang sebelum ini di DEMC. Doctor Noraziah pakar dermatologist yang el berjumpa setakat ini.

tapi tadi memang tidak dapat menahan kegatalan di muka serta merah-merah, el nekad pergi ke klinik panel company dan dari situ lah baru tahu el allergy pada Differin cream yang dipakai pada waktu malam. 

bila sudah jadi begini terasa susah hati.sebab melibatkan muka. akhirnya Dr. panel memberi solution yang sangat bagus. dan dia ada serba serbi bagus tentang dermatologist kerana she's is specialist in aesthetic. maksudnya pakar pada bidang kecantikan kulit. 

dan el mendapat MC selama 2hari. tidak menjangkakan el akan mendapat MC selama 2 hari. setengah hari pun dh cukup baik pada el.

it's ok, yang penting el pulih sepenuhnya after this. so, taking medicine and guna cleanser and mosturizer Cetaphil (purple colour) everyday. also antibiotik. noted!

tapi sambil-sambil itu mesti lah kena letak air batu di muka. perlu untuk meredakan bengkak-bengkak di muka dan menghilangkan kegatalan semaksimum yang boleh setiap 2jam sekali. 

by the way, doctor yang el berjumpa itu sangat friendly. di Klinik Oasis, Ara Damansara di kawasan Oasis Square. di perkarangan pejabat kami. yang penting dia 24 jam. 

tapi...... bila sudah begini, mesti lah kena berpantang makan kan????
so, kena menahan nafisu makan demi kesihatan kulit. hee... for temporary only.
so, tengok saja makanan yang sedap-sedap dan hanya berpantang for 2 weeks. hopefully selepas ini no more radang kulit.

bercerita tentang makanan, mari kita share resepi lagi... 
kali ini resepi western ya!
hee.... mahu resepi melayu ke? ada tp masa sekarang mana yang el sempat taip sahaja. :D

jom kita view resepi.. Grilled Salmon with Blackpepper Sauce.

ini stock yang ada di rumah di mana resepi campak-campak ikut tekak sendiri.
check it out!
Bahan bahan:

3 keping ikan salmon
2 sudu besar minyak zaitun
lada hitam
Oregano herbs
Mixed herbs
chopped garlic
Kacang peas

Sos :

500 ml air
pati kiub ikan bilis / stok ayam
blackpepper
tepung gandum untuk memekatkan sos
oregano herbs
madu sedikit sahaja

Cara :
1) perapkan ikan salmon dengan bahan-bahan tadi dan dibiar seketika. dan yang terbaik dibiar sekitar 2-3jam mahupun 4jam. rasa herbs pasti akan meresap ke dalam isi ikan tadi.
2) panggang pada suhu 200 - 220 degree C selama 20 minit. In Shaa Allah, pasti sedap.
3) Kacang peas dicelur sebentar di dalam air yang mendidih (bercampur garam sedikit) dan ditoskan. kemudian, masukkan kacang peas yang dicelur itu ke dalam bekas yang berisi air sejuk (bersama air batu) bagi memberhentikan proses pemanasan dan menjaga warna kacang peas.
4) untuk bahan sos, campuran kesemua bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan api yang sederhana kecuali tepung gandum dan kacau sebati. akhir sekali, masukkan tepung gandum mengikut kepekatan yang anda mahu. kacau sehingga mendidih. tutup api dan boleh lah dihidangkan bersama salmon grilled.

   

** p/s : resepi Spicy Potato Baked Rosemary with Honey boleh dilihat di post sebelum ini. Click Here.

lepas kami sekeluarga makan Salmon, kami makan Tiramisu pula. tapi kali ini, el buat menggunakan Coffee Sponge Cake sebagai based. sedap jugak selain menggunakan Lady Finger Saviordi. memang menternak lemak. kena berhati-hati walaupun telah membuat health screening dan keputusan semuanya ok. hee.... Prevent is better than cure. tapi rasanya, sudah kena baru hendak beringat. Manusia kan.... (termasuklah el..)

ok,setakat ini sahaja yang el mampu menaip dan esok lusa In Shaa Allah akan update Pudding pulak versi campak-campak lagi ye.
mahu menyiapkan apa yang patut.

 by the way, sekarang ni el tinggal bersama mak mertua selama sebulan di rumah kami kerana encik suami pergi ke sabah atas serba mencari rezeki shooting Lambaian Pulau season ke2. setiap masa mengira masa untuk bertemu di hujung bulan nanti. dan lauk pada ketika ini hanya lah simple sahaja kerana ibu mertuaku tidak makan makanan western. =).

berjumpa lagi di waktu lain, and Have a Nice Day!!



                                                                            Warmest Regards,
                                                  

No comments:

Post a Comment