Assalam

Tuesday, 1 January 2013

Last Day 2012 with Quiche Chicken Mushroom & Spicy Potato Baked Rosemary with Honey!

Assalamualaikum semua...

overall Menu
How's your day in beginning 2013??? In Selangor, 1st Jan was declared as Public Holiday...but, for certain state they still work as usual.. :) and Happy Working ya...!

this New Year, as usual..xpernah lagi sambut di mana-mana tempat melainkan di rumah. nothing special about it and i guess better duduk rumah bersama keluarga dan mengisi masa lapang bersama. bila lagi kan.. setiap hari masa mencemburui kita... bekerja, memasak.. bila cuti ini lah masa nya...

kebetulan saya cuti half day semalam sbb menghabiskan cuti yg ada. rugi rasanya xmenghabiskan sedangkan telah forwardkan semua cuti ke tahun 2013.

ade jugak actually rancangan mahu keluar ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam kerana ceramah Ustaz Azhar Idrus. tapi memandangkan anak teruna kami ni akan meragam, kami terpaksa batalkan niat. :).
sementara stok crepe dan kek yang lain telah dihantar kepada kawan saya yang berniaga di tapak I-City Shah Alam. Terima Kasih Aiza for helping us.

so, semalam petang sudah merancang untuk memasak. Menu Utama pada hari terakhir tahun 2012 adalah Quiche Chicken Mushroom, Spicy Potato Baked Rosemary with Honey dan Air Longan yang dimasak atas dapur menggunakan Longan Kering, Daun Pandan dan juga gula pasir. dan feedback yang diterima oleh encik Suami memang baik dan amat disukainya.

mengintai dari gelas
tanpa melengahkan masa, jom kita view resepi. resepi ini diambil dari kak azie, Azie Kitchen. resepi ini telah dimodified serba sedikit mengikut stok yang ada di dalam peti. :D


Quiche Chicken Mushroom
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
200gm tepung gandum
1 sk garam 
Mixed herbs

Bahan B:
110gm cold butter-kiubkan
1 biji telur kuning besar
1/4 tbs jus lemon - El guna Apple Cider
60 ml Susu Segar (sejuk)

Satukan semua bahan B dan campurkan ke dalam Bahan A. 
Kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut. 
Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Selepas itu, canai dan terap dalam acuan pie yang boleh dikeluarkan dari bawah. 
Cucuk doh dengan garfu dan bakar secara blind bake selama 15 minit pada suhu 180 degree C.

**Blind Bake : alaskan doh dengan Aluminium Foil bg menutupi  doh daripada mengembang. boleh letak kekacang di atas doh yang telah dialas.**


Bahan C:
Chopped garlic
2tbs olive oil
Capsicum
Celeries
Button mushroom - hiris nipis
shitake mushroom dihiris nipis
Onion - kiubkan
Minced chicken
Secubit garam
1 tbs Sos Barbeque

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. 
Masukkan minced chicken, 
Goreng sekejap masukkan semua bahan sayuran, garam dan bahan yang lain
Sesuaikan rasa dan ketepikan. 


Bahan D:
250 gm Whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur 
Cheddar Cheese slices / Parut

Satukan semua dan kacau sebati.

Selepas doh dibakar secara blind bake, 
masukkan filling sayuran tadi dan akhir sekali, 
masukkan cream tadi dan taburkan cheddar cheese. 
Bakar selama 35minit pada suhu 170C.

Quiche bersama Potato
******************************************************************************
Potato
OVEN BAKED POTATO WEDGES

Bahan bahan
3 biji kentang Russet - cuci bersih dan belah 6 - El guna 4 biji pink potato
Minyak zaitun -
Garam
Serbuk cili
Bawang putih
Daun ketumbar - El guna Fresh Rosemary (dicincang kasar) + mixed herbs (sedikit sahaja)
2 tbs Madu

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih hingga hancur, masukkan ke dalam bekas dan
  masukkan juga serbuk cili,garam,minyak zaitun, madu dan jugak rosemary + mixed herbs.
2. Gaul sebati kemudian tuangkan ke dalam bekas yang berisi kentang. 
 Gaul sekata supaya semua kentang disaluti aoleh campuran tadi.
3. Panaskan oven, susun kentang di atas dulang pembakar dan 
 bakar kentang pada suhu 220 darjah celcius lebih kurang 30-40 minit atau
  sehingga kentang masak.
4. Semasa proses memasak, alihkan kentang supaya ia masak sekata. - El selang 20minit baru alihkan kentang pada posisi berlainan.


ok, Selamat mencuba..
hangit skit kentangnya tp sodap!
sebahagian daripada Potato Baked
tadaa...

Saya akhiri dengan Salam Bahagia dan Selamat bercuti bagi mereka yang bercuti seperti saya dan Selamat Bekerja bagi mereka yang bekerja pada hari ini...

Thank you.

                                                                                   Warmest Regards,
                                           

2 comments:

  1. As salam, tiba tiba teringin lak nak makan quiche. Buat crustless quiche pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... hee.. sekali sekala tu boleh la mkn quiche. tp hari2 xlarat. boleh je kalo mls nk buat crust. boleh mkn cecah roti and mushroom soup. :)

      Delete