Assalam

Friday, 4 January 2013

Himpunan Makanan Bersama Family


Assalamualaikum semua.. Salam Sejahtera..

ok, hari ini quick post. hee..

kemalasan untuk menaip blog dan juga kesibukkan di office. As usual, bila cuti bersama keluarga pasti ada menu yang hendak dicuba..

jom kita layan dahulu gambar dan kemudian baru disharekan sekiranya masa mengiizinkannya. ok?

Air Lemon Pudina with Ayam Masak Yogurt & Sup Sayur
Air Lemonade Strawberry , Ayam Kung Poa dan juga Omelette Carrot Berkeju
Air Lemonade Strawberry
Air
Sebiji Jus lemon 
Hirisan lemon
Strawberry dipotong 3.
Air gula
Daun pudina ditumbuk kasar
Hiasan : daun pudina

Campur semua + ais
Minum sejuk!

Ayam kung poa
Bahan perap 15min-30min:
2fillet isi ayam
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1 1/2 sudu makan sos tiram
Lada sulah

Bahan tumis:
Lada capsicum dipotong dadu
8-10tangkai Cili kering yang dibasuh lap dipotong serong
2ulas bawang putih dicincang halus
Cendawan dipotong kasar
Segenggam gajus dipanggang sebentar

Bahan sos :
2tbs kicap cair
1 1/2 tbs kicap pekat
1 1/2 tbs sos hoisin
1 tbs minyak bijan

Cara : goreng dahulu bahan perap. Angkat dan tos.
Set aside.

Kemudian tumis cili kering sehingga naik bau. Masukkan pula bawang putih cincang. Setelah harum wangi masukkan pula gajus, cendawan, dan capsicum. Gaul rata.
Lastly, masukkan bhn sos tadi dan kacau. Setelah tiu, masukkan ayam yang digoreng tadi. Tambah gula sedikit dan juga lada sulah untuk seasoning.
Siap!!

Omelette carrot berkeju
2biji telur
Mayonaise
Lada sulah
Oregano leaves
Garam sedikit
Cheddar cheese
Carrot diparut halus

Cara : satukan semua bahan dan kacau.
Goreng seperti biasa. Lagi banyak cheese dan carrot lagi sedap.

Air Cincau Pudina , Nasi Harum Saffron & Ayam Panggang Halia
Pancake gebu
Chocolate Topping and Blueberry Filling together with Fresh Fruit
Pancake
Fluffy Pancake
(xingat dari mana ambil this recipe, but Thank you in advance ya.. Maaf)

Bahan A :
1 3/4 cawan susu segar
4 tbs cuka / jus lemon

Bahan B :
2 cawan tepung *
2 tbs baking powder *
1/2 tsp soda bikarbonat *
1/2 tsp garam *
4 tbs gula (optional untuk kemanisan)

Bahan C :
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
4 tbs butter cair / minyak jagung/canola

Cara :

1. Satukan semua Bahan A dan biarkan seketika.
2. Ayakkan bahan B yang bertanda * dan kemudian gaul rata bersama gula. ketepikan
3. pukul telur (Bahan C) dengan garfu kemudian masukkan esen dan butter cair. kacau sebati.
4. campurkan Bahan A td ke dalam Bahan C.
5. setelah kacau rata, masukkan adunan Bahan A+C ke dalam Adunan Bahan B.
6. Perap seketika.
7. Cedokkan satu senduk dan masak di dalam non stick pan dengan api yang sederhana.
8. Hias mengikut kreativiti masing-masing. :)


Selamat Mencuba ya! yang lain-lain akan dishare kemudian hari ya.
kesuntukkan masa yang mencemburui kita semua..
Have a Nice Day... Thank you.

                                                                         Warmest Regards,

                  

No comments:

Post a Comment