Assalam

Thursday, 3 January 2013

Post Tertunggak Blueberry Light Cotton Cheesecake.


ehemmm...


buat apa di pagi hari? confirm el kena naik kerja dan siapkan semua kerja yang tidak akan pernah habis.
Mesti ada ibu ibu yang gigih menghantar anak-anak masuk sekolah semalam. ada yang baru pertama kali masuk sekolah. menunggu anak sehingga dia selesa duduk di dalam kelas.

teringat pula zaman sekolah... dulu berbasikal ke sekolah sama ada sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. tapi paling mencabar pada ketika itu, naik basikal naik bukit. Allah..... jenuh juga mahu mengayuh. letih! tapi disebabkan sekolah, tetap juga menganyuh dengan beg yang berat. Almaklumlah.. zaman dulu kalo tertinggal buku mahu takut kene rotan dengan cikgu... kan???? sanggup bawa semua buku dari tinggal.. tapi tidak lagi budak zaman sekarang.

tengok beg semuanya kempis. kita dulu berbonggol-bonggol. Jauh beza dengan budak zaman millenium kan. 

sekolah agama dulu jauh sedikit berbanding sekolah kebangsaan. memang lalu depan sekolah kebangsaan dulu. bukit ke sekolah kebangsaan kurang tapi bila part hendak ke sekolah agama, memang turun basikal dan tolak. naik bukit menghala ke kawasan kubur, selepas itu baru menuruni bukit di tepi kubur baru lah masjid besar dan akhir sekali sekolah agama...

dulu, mana ada ibu bapa tunggu di depan pintu kelas. mahu kena marah. tapi bila di sekolah lupa segalanya sebab sudah ada kawan. balik sekolah pergi sekolah semuanya dengan kawan-kawan.

rindu sangat pada zaman sekolah.. rakan- rakan semua sudah jadi emak orang, kerja pun yang bagus-bagus. ada juga sudah bermastautin di UK. tapi masih lagi berhubung. 

mesti kalian-kalian semua merindui zaman sekolah kan terutamanya zaman sekolah rendah yang masih tidak tahu  rencah kehidupan di dunia ini.

       
 okay... berbalik pada topik di atas, jom kita share resepi ini. resepi ini el ambil dari blog Hasue. Selalu juga el buat resepi menggunakan resepi Hasue. kali ini credit kepada Hasue sebab kek ini sangat sedap dan moist! sampai buat 2x dalam sehari. :)


 300ml susu segar
 6 keping keju kraft - el guna 130 gm Cream Cheese + 2 slice Cheddar Cheese
3 biji telur gred A
 90g gula halus
110g tepung gandum
 1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara - cara :

1.             Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
2.             Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.             Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
4.             Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
5.             Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
6.             Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.             Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8.             Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
9.             Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
10.          Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
11.          Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

terasa keenakkan light cheesecake ini. pada sesiapa yang kurang mengemari cheese, boleh lah mencuba resepi ini kerana tidak terasa sangat akan cheese itu tetapi lemak dari susu yang telah bercampur dengan mentega dan cheese.
kek begitu gebu dan lembut. tidak seperti di pasaraya-pasaraya yang ada. kurang cheese dan keras.
light cotton cheesecake ini memang sesuai. tahan lama moist di dalamnya.

tapi, el punya cheesecake ini filling nya mendap ke bawah. mungkin terlebih filling pada setiap lapisan. hee... tamak sangat la kan. tapi still boleh merasai filling di bawah kek. :)

Selamat mencuba!

jom kita cuci mata pulak dengan blueberry dan Chocolate Cheese Tart yang el buat pada minggu lepas. :)

sebelum dan selepas bakar!

Take Care and Have a Great Day!!
Thank you.


                                                                                          Warmest Regards,
                                                   

No comments:

Post a Comment