Assalam

Wednesday, 9 January 2013

Pudding Bandung Cincau Berselasih versi Campak2!

Assalamualaikum semua... Salam Sejahtera..

As usual el schedule kan entry ini di pagi hari. kerana malam sahaja yang free. itupun masih lagi di dalam draft. 2-3hari br dpt fully updated.

sejak bergelar ummi ni banyak benda kena fikir. tambahan sekarang ini my husband pergi shooting ke pulau-pulau Sabah. By the way, allergy el masih lagi ada, tapi maintain makan ubat 2hari ini, Alhamdulillah berkurangan, cuma kena jaga jangan sampai berpeluh mahupun panas dirct matahari.
haaa.... macam mana itu?

memang masalah sebab berpeluh sedikit terus mula ruam merah-merah. kalo di badan boleh lagi, tapi ini di muka sahaja. kurang selesa akan kegatalan itu, so solution is duduk diam-diam jangan keluar ketika hari panas.

even malam pun, el mengadap kipas supaya muka rasa sejuk. kalau setiap masa harus bertuam muka dengan ais, memang jenuh la kan....

nanti basah sentiasa sebab ais menjadi cair. cerita pasal sejuk, mari kita kongsikan dessert sejuk seperti yang dijanjikan last 2 days.

el buat pudding bandung cincau berselasih. asalnya sebab mahu menghabiskan cincau. nanti dibiar lama tiada siapa yang mahu makan di rumah. maklumlah duduk berdua sahaja. si debab pulak mana makan makanan orang dewasa. =). hari yang lepas buat air cincau, so kali ini kita buat pudding bandung. kebetulan memang ada sirap ros, daun pandan.

so, time ini memang sudah siap-siap potong cincau. susu cair sudah habis tapi el gantikan dengan susu segar. selasih ini pun disaat-saat akhir. sebab ternampak selasih di tepi rak. apa lagi, capai selasih cuci sebentar dan tunggu untuk masuk dalam periuk. hee.... bersahaja masak kali ini sebab semua orang pandai buat pudding kan... :D

bersama acuan
Resepi Pudding Bandung Cincau Berselasih

Bahan :
1 paket cincau dipotong halus
1 paket serbuk agar-agar (dalam 10gm kalau tidak silap)
500 ml susu cair/susu segar
600 ml air 
3 tbs sirap ros (optional - mengikut kepekatan masing-masing)
1/2 cwn gula castor (optional)
daun pandan disimpul
2 tbs biji selasih (dicuci dan ditoskan)

Cara :
 1) Masukkan semua bahan kecuali cincau dan juga selasih.
 2) Kacau sentiasa bahan tadi sehingga mendidih. selepas bahan sudah sebati, masukkan biji selasih tadi ye. gaul lagi. 
 3) sementara menunggu mendidih, letakkan cincau ke dalam setiap acuan. ikut pada kreativiti masing-masing. (el malas hendak bercorak bagai, so letak bersahaja)
 4) setelah agar-agar tadi sudah mendidih, tutupkan api dan tuangkan agar-agar pada setiap acuan.
 5) biarkan seketika dalam 30 minit dan masukkan ke dalam peti sejuk.
boleh dihidang ketika hari panas bersama susu cair & fruit coctail + nata de coco.

Selamat mencuba..

Oh ya! lupa mahu buat selingan makanan. sehari sebelum encik suami fly ke Sabah, el ada buat Nasi Mentega Badam bersama Paprik sotong. itu sahaja yang sempat el capai dan buat. nanti bila ada kelapangan el akan update resepi ya. macam banyak saja resepi yang bertangguh ini. El minta maaf ye kepada sesiapa yang menunggu resepi.. (ada ke yang menunggu?? perasan sekejap)

check it out ...

Have a Nice Day ya!!
Thank you.

                                                                             Warmest Regards,
                                                

No comments:

Post a Comment